Perkembangan Seni Halus di Malaysia

Perkembangan Seni Lukis Tahun 1930-an

Minat pelukis dipengaruhi oleh aliran naturalis dari barat dengan cara mengamati alam sekeliling melalui karya-karya landskap, alam benda dan potret. Pada peringkat awal, karya-karya yang dihasilkan lebih condong kepada gambaran bersifat sentimental terhadap perkara yang indah dan permai. Pendidikan seni mula dimasukkan dalam kursus perguruan di Maktab Perguruan Sultan Idris, Tanjung Malim. Maktab ini melatih guru-guru sekolah rendah yang mengajar lukisan dan kerja tangan. Pelukis semasa seperti Abdullah Ariff dan Yong Mun Seng yang dikaitkan dengan seni halus menumpukan pada karya bertemakan tempatan.

Perkembangan Seni Lukis Tahun 1950-an

Peter Harris menubuhkan Wednesday Art Group pada tahun 1952 dengan ahli yang terdiri daripada berbilang kaum dan berpendidikan Inggeris. Aktiviti kumpulan ini dijalankan pada hari rabu dan sabtu. Antara ahlinya ialah Patrick Ng, Cheong Lai Tong dan Ho Kai Peng. Penang Art Teachers Council ditubuhkan pada tahun 1952 oleh Tay Hooi Keat. Antara ahlinya ialah Tan Tin Kok, Abdullah Ariff dan Chee Wee Sun. majlis kesenian Melayu diasaskan oleh Mohd Hoessein Enas dan Idris Salam pada tahun 1956, tetapi kemudian diubah namanya kepada Angkatan Pelukis semenanjung pada tahun 1957. kumpulan ini dikaitkan dengan identiti dan imej figura melayu. Thursday Art Group ditubuhkan pada tahun 1957 di Pulau Pinang dan menhjalankan aktiviti pada hari khamis. Ahli-ahlinya terdiri daripada Abdullah Ariff, Tay Hooi Keat, Lee Joo For dan Willian K.K. Lau. Pada tahun 1958, Balai Seni Lukis Negara ditubuhkan sebagai pengiktirafan rasmi pihak kerajaan terhadap bidang seni lukis. Dua orang pelukis iaitu Tay Hooi Keat dan Syed Ahmad Jamal telah mendapat latihan formal di London. Mereka pulang dengan membawa pendekatan dan aliran seni dari barat. Gaya karya mereka telah menjadi ikutan dan meluaskan pandangan artis tempatan terhadap perkembangan-perkembangan seni di Barat.

Perkembangan Seni Lukis Tahun 1960-an

Maktab Perguruan Ilmu Khas di Kuala Lumpur yang ditubuhkan pada tahun 1960 menawarkan kursus dalam bidang pendidikan seni. Ini memberi peluang kepada guru-guru untuk menambah pengalaman dalam bidang seni secara sepenuh masa selama setahun. Kursus seni lukis dan Seni Reka di institut Teknlogi Mara telah diperkenalkan pada tahun 1967. kursus ini telah dapat melahirkan golongan bumiputra sebagai pendidik, pelukis dan pereka bentuk yang lebih peka serta terlatih dalam bidang dan cabang tertentu pendidikan seni di negara ini. Pelukis-pelukis abstrak mula mendapat tempat untuk mempamerkan karya-karya mereka di luar negara. Munculnya pelukis-pelukis New Scene pada tahun 1969 yang mempunyai manifesto asas menyarankan new habit of seeing (kebiasaan-kebiasaan yang baharu apabila melihat), berkreatif dan pendekatan yang perlu bersifat intelektual, impersonal, dan non-symbolic.

Perkembangan Seni Lukis Tahun 1970-an

Penubuhan Kogres Kebudayaan Kebangsaan pada tahun 1971 yang membincangkan isu-isu berhubung dengan masyarakat mula mempengaruhi pemikiran dalam bidang seni secara terus. Kumpulan Anak Alam telah ditubuhkan oleh Latiff Mohidin pada tahun 1974. kumpulan Utara ditubuhkan pada tahun 1977, yang terdiri daripada pelukis-pelukis yang berasal dari utara semenanjung Malaysia.

Perkembangan Seni Lukis Tahun 1980-an

Penubuhan persatuan Pelukis Malaysia pada tahun 1980 telah memberikan sumbangan kepada perkembangan seni lukis dan kerjasama yang lebih erat dengan kerajaan dalam hal-hal seni lukis. Pusat seni di Universiti Sains Malaysia telah ditubuhkan pada tahun 1984 bagi melahirkan guru-guru sebagai tenaga pengajar yang mahir dalam bidang seni halus. Penubuhan institusi dan akademi seni swasta seperti Malaysian Institute of Art (MIA) telah melahirkan generasi muda pelukis berbangsa cina yang lebih muda.

0 Response to "Perkembangan Seni Halus di Malaysia"

Post a Comment

Powered by Blogger